kisah disebalik stoking kuning

Assalamualaikum dear blog.

Dah lama tak menaip kat sini. Iols rasa nebes tetibe. Haha. Sebenarnya tengah excited yaamat nak cerita pasal stoking kuning ni




Comel tak? Hihi. Special from Korea tau! Thank you Aunti Chee 😙

Pe benda yang excited sangat pun haku sendiri rasa pelik, hahaha. ok sambung cerita. Untuk pengetahuan awak semua, saya baru je habis training SL1M ni. Apa itu SL1M? pegi gugel hahaha . Sl1m stands for Skim Latihan 1 Malaysia. Apa benda iols buat dan kat mana nanti iols cerita dalam entry lain.


So memandangkan saya dapat kat Kedah (my hometown yeyyy !), harus lah duduk di rumahku syurgaku. Tak kuasa iols nak menyewa sedangkan tak jauh mane pun. Sejam je naik bas. Sampai sempat tdoq seround before sampai opis! Hahaha. K k. Behave wahida.


Kebetulan, tetiap pagi saya bertembung dengan Auntie Chee ni. Chinese. Umur dalam 50an. Walaupun dia agak berumur, dia masih dalam kategori cantik dan awek muda. Giteeww. Tergugat mak nak. Dia ade kedai di Alor Star. So tetiap hari memang akan jumpa dengan dia. Dalam masa 3bulan kenal dengan Aunti ni, saya dapat rasa dia memang seorang yg berhati mulia.


Dia selalu jugak tanya pasal saya. so dia tahu la serba sikit tentang diriku ini hikhik. Haritu, lepas balik dari interview, dia pesan kat saya "adik nanti semayang banyak2, doa banyak supaya dapat kerja. Sekarang bulan puasa kena banyak doa" . Saya macam terkedu dan angguk je. Hihi


Lepastu, nak dijadikan cerita, sehari before saya habis training, Aunti ni tanya, "adik ada ka baju kurung lama2 yang masih cantik yang adik dah tak pakai. Saya mau bagi kat orang susah. Kesian. Orang Rohingya. dah lama tinggal kat Malaysia tp hidup susah. I mau bagi dia pakai Hari Raya nanti" . Saya cakap ada. Memang banyak baju yang da tak pakai. saya macam terkejut dan tak sangka ada juga Non Muslim yang baik hati dan berperikemanusiaan yang tak racist. Dalam hati, saya memang berniat nak tambah amal time bulan puasa ni. But i've never thought it will be this way. Melalui orang tengah. Iaitu Aunti Chee. So lepas balik kerja haritu, saya pun excited  terus la cari baju kurung lama yang masih cantik, tudung dan tshirt. Nak bagi kat orang kena bagi yang cantik2 tau.

Esoknya tu, saya pun bagi la beg yang berisi baju kat Aunti tu. Tetiba dia keluarkan something dari beg dia. Sampul surat yang tebal. Perghh time terus terfikir apa benda la yang tebal tu. Rupanya socks ! Cute giler. Plus, its from Korea. Heeeee. Dia cakap, " i tak tahu nak bagi apa kat adik. Terima kasih bagi baju. Nanti aunti bagi kat akak Rohingya tu. Mesti dia suka. Socks ni anak I beli kat Korea (anak aunti ni kerja di Korea ok)" . Perghhhh teruja iols. Rasa macam nak melompat. Hahahaha . Dalam hati memang tak ada niat untuk mengharapkan balasan. Tapi happy sangat sebab dapat tolong orang yang memerlukan. Heee


saya respect Aunti chee sebab hati dia baik sangat. Sudi tolong orang susah dan gigih juga. Walaupun dia takda benda untuk bagi pada akak Rohingya tu, dia tetap cari alternatif lain semata mata nak tolong ringankan beban akak tu. Lepastu dia cakap, ade jugak dia cari NGO or kawan dia bantu bagi biaya kat akak Rohingya tu. Rasa kagum sat. Sebab kalau diri saya sendiri belum tentu sanggup buat macam tu.


Kesimpulannya, saya rasa Allah nak bagi peluang pada saya untuk bersedekah. Cuma melalui Aunti. Semoga aunti panjang umur dan mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam ;)


Cerita stoking kuning dah tamat. Hihi jumpa lagi di next entry (entah bila la haha). Selamat berpuasa uols.


#Allahsayangsaya


Comments

Popular Posts