ahlan wa sahlan ya Ramadhan :)

Assalamualaikum :)

satu perkataan ja yang aku nak cakap sekarang ni. Alhamdulillah. sebab apa? kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni. tahun 2013. tahun depan tak tahu lagi sempat bertemu lagi atau tak. :)

memandang aku masih lagi 'cuti' aku berharap sempat lagi kot nak bertarawih untuk malam yang pertama tahun ni. which is malam ni. In Shaa Allah. apa azam untuk Ramadhan kali ni eh?

macam tahun lepas jugak. aku harap dapat khatam kitab suci tu tahun ni. memandangkan tahun lepas tak tercapai. huhu. biasala pompuan kan. tahun lepas tak sempat habis. tu pon dah hujung hujung juzuk 30 dah kalau tak silap. harap tahun ni dapat la khatam. In Shaa Allah.

tahun lepas, satu bulan penuh puasa kat rumah. memang la best kan? hihi. tahun ni kena puasa kat rumah sewa. so, perasaan tu lain macam sikit la. tragis. hahah. yela, selalu pagi2 mak yang kejutkan. ni malam nanti tak tau la macam mana. harap harap bangun la. tak pon kena pesan kat mak, suruh mak gerak (gerak = kejut) hehe. dasar mengada ngada tahi kuda betol. bahaha

okay, memandangkan dah nak masuk bulan puasa ni, harap dapat tingkatkan ibadah contoh macam baca Quran, dengar orang mengaji ke, baca buku2 agama ke, In Shaa Allah. kita cuma merancang. hihi. moga moga Allah kuatkan semangat aku untuk terus berubah menjadi wanita solehah. Amin :)

aku memang ada berniat nak berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah. so, kena lah kuat semangat nak lawan hasutan iblis tu. iblis ni jahat tau. macam macam cara dia buat nak halang kita buat baik. ish ish. tibai kanggg. haha. orang cakap semakin kita nak berubah, lagi kuat dugaannya. moga aku terus istiqamah.

lepastu, moga dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam. aku ada buat sesuatu yang aku tak sepatotnya buat pon. tapi aku yakin. apa yang aku buat tu, untuk buat hati aku jadi makin kuat. sebab bila kita dah selalu sakit, lama2 kita takkan rasa dah rasa sakit tu. bak kata orang alah bisa tegal biasa. eceh. kemain ayattttt. bhahaa

hmm, rasanya puasa kali ni, boleh puasa sampai hujung2 bulan kot. kalau ada rezeki, maybe sampai raya. hihi. tapi macam tak mungkin laa. haha. kalau dah kawen takpe jugak. ada alasan pregnant boleh puasa penuh. bila la nak rasa ni. kahkah. nampak dak dah melalut :P

okay, rasanya sampai setakat tu ja kot. nanti sambung lagi. till meet again ya encik blog! :)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)








:)


p/s: tengah dok bukak page yang jual baju raya ni. ingat nak tema kaler orange. hmmm. tapi tak tau la cadangan diterima or tak. hikkk

p/s: sekarang aku selalu taip panjang2 kan?





Comments

anak papa said…
selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.. :)

Popular Posts