miscarriage

[ entri peram ]

dear blog,

now tuan hang baru ada masa nak taip dekat blog since dapat mc banyak hari. okay to be honest sebelum ni memang nak update jugak sebab ada good news. tapi tak sempat plus tak da idea nak menaip lah pulak. maap. tapi orang kata tak elok sangat bercerita di media sosial. tapi pada aku it depends la pada seseorang tu. dia nak kongsi life dia or experience dia sebagai kenangan di kemudian hari. at the same time, orang lain pun boleh refer jugak in case kalau depa tu experience benda yang sama kan. who know? jadi mari lah kita sama sama husnuzon. gitew.

everyone yang dah kahwin mesti la nak timang anak sendiri kan. Alhamdulillah after 3 months kahwin, kami husband and wife dapat lah good news itu. tapi sayang nya cuma sementara. pada minggu ke 11 pregnancy Allah dah ambik balik anugerah yang Dia pinjamkan pada kami. kami redha je ketentuan Ilahi. mungkin bukan rezeki untuk masa ni. Allah nak kami prepare lagi kot before jadi parents. huhu. kadang kadang rasa sedih jugak plus rasa bersalah. but everyone around me semua bagi support so okay lah sikit. rasa macam sedih sangat but bila aku tengok orang lain yang diuji lagi hebat dari aku, buat aku rasa macam tak layaknya nak rasa sedih. orang lain lagi sedih ceritanya dari aku. sapa lah aku nak bersedih sangat. lepastu terus aku fikir positif je. in shaa Allah ada hikmah disebaliknya yang aku saja yang tahu.

masa mula pregnant haritu memang ada alahan jugak. bau masakan bergoreng ja mesti pening. lepastu bila masuk time petang ja terus rasa loya nak muntah semua ada. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk merasa pengalaman itu. the purpose aku menaip kat sini is at least pada masa depan aku ingat kisah ini. and aku ada experience yang tak mungkin aku lupakan (mana tau tetiba hilang ingatan LOL)

cerita dia macam ni, masa aku dekat Tampin haritu (17 Mac 2017), tetiba je ada spotting (setompok darah macam your first day period -- darah kaler merah coklat gitu) which is sangat abnormal dan tak patut keluar darah begitu time tengah pregnant. yola, dah pregnant takkan tetiba period pulak. tak logik jugak. hati dah dupdap dupdap. sape pun aku tak bagitahu sambil tu berdoa semoga lepas ni dah takda darah tu. oh masa tu dekat homestay. after kejadian itu, aku and family pegi balik rumah Cik Pah sebab malam tu ada malam berinai. ada makan2 jugak. cousin iols siap tukar2 outfit lagi. takkan tak pegi kan. actually time tu aku banyak diam je sebab risau. oh before terlupa, my friend and wife kepada cousin (cousin lain pulak) aku penah miscarriage jugak baru2 ni. so banyak jugak lah info yang aku dapat tentang tanda2 keguguran daripada depa. walaupun masa depa cerita tu aku masih di awal pregnancy, aku tetap take note pasal benda macam ni. Allah tu Maha Mengetahui. tetiba benda yang depa cerita tu jadi dekat aku. memang gelisah la. lepas balik malam tu aku nak mandi tengok ada lagi darah tu. huhu. sebak tetiba. terus bagitahu mak dah alang2 mak tido sekali dengan aku. time tu memang sebak la. sebab aku dah tahu benda ni petanda tak baik. aku beranikan diri bagitahu husband pulak. sapa tak risau kan. dah la tengah malam. mana ada klinik bukak. plus hospital pun tak tahu kat mana. dan tak berani bagitahu adik aku yang kerja MA tu. takut ! aaaa

malam tu memang tak boleh tido sangat. esok paginya tu takda pulak kuar darah so macam lega lah sikit. aku pegi majlis cousin tu buat macam tak ada apa je la. padahal tengah risau. takut darah keluar lagi. dan memang keluar lagi. huhu. petang tu terus balik Klang sebab my parent nak singgah rumah mertua. tak pegi lagi klinik. hari ahad esoknya baru pegi. doctor tu macam serius ja mukanya. dia tanya betul ka tarikh last period aku tu. sebab bila scan baby nampak kecik which is nampak kantung ja. baby supposed to be 11 weeks tapi scan nampak macam baru 6 weeks. gap tu sangat banyak. so doc tu cakap its not normal. dari muka dia pun aku dah tahu, berat nak cakap kot. sebab lepas tu dia suruh aku pegi scan balik after 10 days sebab nak tengok progress baby tu. dia cakap ada 2 je kemungkinan sama ada masih di awal pregnancy (which is wrong sebab aku dah kira betul2 dah tarikh last period aku) or baby tu tak sihat / tak jadi. doc tu tak bagi ubat or mc pun. so kami balik je lah dengan perasaan yang tak tahu nak ucap. suami dan aku diam je dalam perjalanan balik tu. rasa nak menangis pun ada tapi tahan je :'(

di sebabkan tak puas hati dengan penerangan doc tu dan ubat pun dia tak bagi,  esoknya aku pegi klinik panel kat office aku. senang sebab dekat dan kebetulan aku shift pagi minggu tu. so pegi la dengan rasa berdebar. guess what doc India tu pun cakap benda yang sama jugak. lepas tu dia ada refer dekat Dr Yanti (maybe sebab doc tu senior kot). Dr Yanti tu suggest untuk ambik darah sebab nak check kadar hcg dalam darah aku. dua hari berturut turut wei kena ambik darah. iols bertabah je lah mampu. on wednesday 22/3/2017 dapat keputusan. haritu jugak aku kena jumpa doc pakar gynae. dia cakap based on blood test tu kadar hcg dalam darah aku dah menurun. sepatutnya makin naik huhu. dia ada jugak tanya alahan dah takda kan? time tu baru lah aku perasan, yang beberapa hari sebelum tu memang aku dah tak da alahan. huhu. so memang betul la. hmm Dr Dharmini calm je orangnya. dia bagitahu. its ok. you can try next time. dia buat refer letter suruh pegi hospital.

so pada pagi hari Khamis 23 Mac, aku pun siap2 packing baju semua (sebab ingat kena warded) terus pegi hospital. guess what? nurse marah aku sebab lambat datang hospital. padan muka huhu. biasalah first time kan. mana lah aku tahu cemana procedure nya. tapi takpa semua ni pengalaman. dah selesai kena soal jawab dengan nurse, its time jumpa doctor. time tu nervous tak payah habaq la. kena seluk semua sebab nak scan dari bawah. adudu. lepas dah siap checkup tu, doc cakap suruh balik dulu. datang balik after 2 weeks. aku pun rasa macam mana entah. time tu memang tahu dah tak da harapan. cuma tunggu baby tu keluar sendiri je. dalam hati berdoa sesungguh hati. Ya Allah permudahkan la urusan aku ini. kalau boleh tak mau lalui d&C tu. bayangkan lah rahim kena robek? hampa rasa cemana. even kena bius pun. luka kottt. dalaman kita mana nak nampak kan?

okay kami pun balik la. tetiba husband ajak tengok wayang. HAHA. sempat lagi k. time tu cite Power Rangers baru keluar. sebab nak hiburkan hati, aku ikut kan aje. hihi. tengah syiok layan wayang, tetiba perut rasa cramp. sakit ya amat. sekejap sakit. sekejap hilang. merekot atas kerusi tu. sampai la dah pertengahan cerita, tak tahan sangat. terus ajak husband balik. dari pukul 2 sampai pukul 6 sakit. in between tu ada 2 kali muntah. huhu, memang lemah sangat badan time tu. Allah je yang tahu. sakit yang aku tak pernah rasa. semua orang cakap beranak lagi sakit. aku tak tahu lah sebab tak pernah merasa lagi. in shaa Allah. one fine day ! doakan ! :) thank you suami, temankan saya sepanjang hari sakit tu. huhu. lepas bangun tido tu tetiba rasa macam ada something nak keluar dari bawah. so aku try lah teran. terus keluar seketul daging (i think tu janin aku). bentuk bulat. rasa nya kantung tu tak pecah. elok je dia keluar seketul. Alhamdulillah. terus hilang semua sakit tu. dan dapat lah MC yang panjang. hihi

bersambung.......

#entryperam
#unforgettablememories
#miscarriagemoment






Comments

Popular Posts