Masak masak | Puding Trifle Hijau Kuning. hewhew

Assalamualaikum.


:eheh:yeyyyy! angan angan aku hari tu bukan cuma angan angan minah jenin ye kawan kawan. menjadi jugak lah Trifle aku. :puppyeyes: terharuuu. sobbsss.


:blush: :sweaty:


RESEPI PUDING TRIFLE HIJAU KUNING versi aku :P

Bahan Bahan

1 bungkus kek swiss roll (nak guna kek apa pon boleh kot)
1 kotak agar agar segera (kalau nak guna cara manual pon boleh :P, tak kisah la perasa apa)
1 tin fruit koktel (eh, betoi dak eja macam tu)
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar (aku hentam ja guna susu penuh krim :P)

Cara Cara Membuat

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu. Masak sehingga menggelegak dan pekat. Angkat dan biar sejuk.
  2. Potong kek tadi, susun ke dalam bekas kaca (ikot suka korang la) sehingga memenuhi ruang (macam zarah zarah tu :P).
  3. Ambil sedikit (kalau banyak nanti kek jadi lembik) jus buah koktel dan tuang ke atas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi ke atas semua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah koktel ke atas kastard tersebut.
  6. bancuh agar agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuang ke atas buah koktel tadi.
  7. dah siap tuu, masokkan dalam peti sejuk. agak2 da cukup keras, boleh lah makan. Selamat mencuba !


ni yang aku buat =.="

ni dah selepas aku letak atas kek yang disusun tu. tak sempat nak snap. hehe
lepas tu susun buah koktel tadi. suka hati hangpa la nak susun macam mana pon. 
terbalik pulak gambar ni. maaf ! :P
tuang agar agar kat atas buah tadi. boleh masukkan dalam peti sejuk :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dah takda gambar lepas kuarkan dari peti sejuk. sebab dah habis. haha. kbye !

Comments

sedapnya..nnti nak cubalah :)
Deela said…
wah! nampak mcm sedap je :)
Syamira said…
erm mcm sedap je. . nk cube la nnt. .hehe
Ahmad Sabree said…
follow sini,,,,,follow me back okey...
hehehehe
nice ")
jahajahatable said…
macam bes je...tapi aku malas...anybody?

Popular Posts