adik aku dah masok tingkatan 1.

tak sangka tinggal beberapa hari saja lagi dah nak masuk bulan Februari. rasa macam sat sangat. hmm. masa berlalu dengan pantas bukan? cehh, awat terkeluaq ayat skema suam suam kuku pulak ni? =.=


beberapa hari yang lepas, aku telah pun mengikut parent aku pegi hantaq adik aku Wani, kat MRSM Kepala Batas. dah aku tengah cuti kan. ikot je lah. daripada dok kat rumah, bukan buat apa pon. hihi. pagi pagi lagi kami dah bertolak sebab pendaftaran start pukul 8.30 pagi. aku tak pernah lagi menjejakkan kaki kat sekolah tu sebelum ni dan tak tau pon kweujudan sekolah tu walhal sebelah rumah MakTeh aku je pon. haha. kesian kesian. kenapa lah aku tak tau. buat malu orang kampung saja. :P


oh ya, adik aku dapat Aliran Ulul Albab yakni berteraskan Quranik, Ensiklopedik dan ape tah lagi satu. lupa pulak. hihi. aliran ni kelebihannya setiap student yang masuk ke situ, kena hafaz Al Quran 30 Juzuk dalam masa 3 tahun. yakni sampai Form 3. aku tak pernah terfikir pon ada dikalangan adik beradik aku masok aliran tu. Alhamdulillah ada jugak sorang wakil dalam family aku. nak harap kan aku, memang dah lepas dah pon. huhu.


adik Apit dah tak da geng nak berkelai dah lepas ni. hihi :P

lepas sesi pendaftaran tu, dok sat kat tepi dewan tu. tetiba datang 3 orang adik adik ni. terkejut aku. rupanya depa nak tunjukkan hostel dekat adik aku sekali gus tolong angkat barang sekali. hihi. terima kasih ya adik adik. ringan bebanan. bukan main banyak jugak barang adik aku ni. nasib baik ada pembantu. hihi. 

muka ikhlas ja depa ni tolong. terima kasih. :)

ni lah adik aku. tengok barang dia. sampai penuh satu katil. tak cukup dengan tu, kat bawah pon ada lagi. =.=' tu pon tetiap hari call mak aku. bukan tetiap hari. sehari pon 3 ke 4 kali jugak la dia call. pantang ada free. haha. ada saja lah barang yang tak cukup. nasib baik dekat. teringat pulak time aku Form 1 dulu. tetiap hari call, lepas tu bila dengar suara mak ja, terus la keluar ayaq mata. #masokhabuk. kehkehkeh. buat malu kampung lah hang ni. :P


pinky gilerr cadar depa. haihh. kenapa lah aku tak dapat sekolah ni dulu. haha.


letih jugak la hari tu. dengan cuaca yang panas terik. huhu. semoga adik aku buleh belajaq kat sana dengan tenang. hehe. kbye.

Comments

epaa chenta said…
haha. comel jeee cadar pinkkk!
btw ckp congrate kat adikk (:
Hanis Nizam said…
Bestnya katil cemtu , katil hostel kita dua tingkat . Kepala asyik terantuk je hahah .
cikwahidaidris said…
@epaa chenta

: tu laa. jeles je kan. hihi. insyaAllah :)
cikwahidaidris said…
@Hanis Nizam

: best kan katil single camtu. saya dulu pon double decker jugak =.=
Yatie Musa said…
cadar, langsir sume pink! hehee.

semoga berjaya dia di sana. =)
nazirah said…
alhamdulillah smoga adik kamu tabah menghadapi dugaan hidup dan belajar di situ amin..
CekbOlat-bOlat said…
cantik gak asrama.. kaler pink ^^

MRSM ke skolah agama ? wahh
cikwahidaidris said…
@Yatie Musa

: tu lahhh. jeles nokk. :P
cikwahidaidris said…
@CekbOlat-bOlat

: tu laa. jeles jugak rasa ni. aaa, MRSM. tapi Aliran Ulul Albab. :)

Popular Posts