Hari Raya | 1, 2, 3

Hari Raya Pertama






suka sangat tengok gambar ni. actually ni first time kot ambik gambar satu family macam ni. selalu nya tak sempat pon. untuk mengelakkan hal yang sama berulang lagi, pagi pagi sebelum pi semayang raya, semua dah get ready dah untuk bergambar. mak awai2 lagi dah pesan kat Abg Gee takot dia lupa bawak balik Nikon dia tu. hihi. sesekali nak dapat peluang macam ni bukan senang. silap silap raya tahun depan pulak la kann.


tema je purple. tapi tak sama pon. hihi. dah beli pon asing asing. memang takkan same la. =.=' . lepas semua orang pi semayang raya, tinggal la aku sorang sorang kat rumah. paham paham je kan. =.= maka, bermula la kerja kerja aku. sambil tu tengok tv jugak. sempat lagi. HAHA. oh, ya. hari raya first tu, mak aku buat bihun sup. sengaja tukaq menu. sebab tahun sebelum sebelum ni buat laksa.


lepas tu apa eh. em, haa. lepas tu ramai orang datang kat rumah. kebanyakannya jiran jiran and kawan ayah. tak lupa jugak budak budak. huhu. aku tolong bagi je duit raya kat budak budak tu. bukan duit aku. nak tunggu duit raya dari aku, memang lambat lagi la. huhu.


petang tu, lepas zohor, aku and family pi kubur arwah tok and tok wan aku. sayu jugak la. aku tak pernah tengok arwah tok wan aku. nama dia Muhammadan. ayah kepada ayah aku. dia meninggal masa abang aku umur 4 bulan kot. sedih sebab tak pernah merasa ada tok wan. tok wan sebelah mak aku pon dah lama jugak meninggal. yang tu pon aku tak pernah tengok. kesian kan? huhu. aku pernah merasa ada nenek which i called her tok Bedah sampai umo aku 14 tahun. waktu aku form 2, arwah meninggalkan kami. kadang kadang teringat jugak. :( tu je lah pasal tok and tok wan aku.


lepas tu, ingat petang sikit nak pi la raya kat rumah jiran. dah jalan sekerat, sedara datang pulak. terpaksa la patah balik. takkan tak bagi depa mai pulak kan. terpaksa mengalah. macam tak bagi kami keluar rumah je. huhu. at last dapat jugak pi beraya kat rumah jiran. :)




Hari Raya Ke 2




hari raya kedua ni, pagi tu aku dok rumah ja. sebab pagi pagi lagi dah ada tetamu. memang tak sempat nak p mana pon. tapi hari tu, ramai giler sedara yang mai. sebelah ayah, Pak Lang. satu family dia bawak. dah la anak dia ramai gilerrr. penuh rumah aku. cucu lagi. fuhhh. 




lepas tu pegi kubur tok nah kat kampung mak. tak sempat nak pi kubur tok wan. sebab kakak2 kepada mak nak mai rumah. plus, kubur tok wan kat atas bukit. curam lak tu. aku penah pi tapi dah lama dulu. masa tu kecik lagi kot. macam kena panjat jugak. kalau pakai heels berdoa dari bawah je la nampaknye. hihi.




malam tu macam meriah sikit sebab adik beradik mak datang rumah. best kan berkumpul ramai ramai macam tu. even aku tak da geng. i mean, dalam family sebelah mak ni, tak ramai anak perempuan. majority lelaki. yang sepupu pompuan kecik kecik lagi. sekola lagi. huhu. kesian kannn. terpaksa la dok sekali dengan sepupu lelaki. =.=






Hari Raya Ke 3




hari tu sama jugak kot. tak pi mana mana. Mak Ngah and family dia datang. lepas tu ada la member ayah. guess what, bakal kak ipar aku pon mai jugak. hihi. eh, terlupa lak. aku demam hari tu. kesian kan? dengan selesema lagi. seksa tahu. huhu. la ni pon tak ok lagi. =.=



tu je la hari raya aku. hari raya ke 4 and 5 sambung entry lepas ni. hihi



bye!



selamat hari raya.


:)

Comments

Liyana Aziz said…
wah!!! tema purple! nice one... kesian adik x dapat pakai wane fav dia... kikikikiki

salam lebaran!
cikwahidaidris said…
@Liyana Aziz

~ thanks. eh dye da pakai da fav kaler dia tahun lepas.

Popular Posts