baju raya tahun ni | tema : purple

alamak, tetiba hujan lebat la pulak. sejukkkkkk. actually dah beberapa hari ni asik hujan je. aku suka, sebab tak de la terasa sangat dahaga tu. ye dak? hihi.


aku tak beli lagi baju raya tahu? tak tau la bila nak beli. masuk tahun ni, kira tahun ke dua kot aku beli baju yang ready made. HAHA. sebab? bukan sebab tak sempat nak hanta tempah. masalahnya dah serik dah kot. alkisahnya macam ni. dua tahun lepas kalau tak silap aku, aku dengan mak aku dengan semangatnya pi ar kedai nak tempah baju. time tu, 3,4 bulan sebelum raya. punya la awal kan. ingat kan time puasa tu dah siap la. dah banyak kali call, mak cik tailor tu cakap tak siap lagi. adoiii. geram la jugak. at last, aku warning la makcik tu, yang aku nak jugak baju aku siap before raya.


malam raya baru siap kot. time tu orang dah takbir raya dah pon. tu pon baju aku je yang siap. baju mak aku memang tak siap. apa punya servis la camtu. kalau tak mampu nak buat banyak banyak, tak payah la ambik baju kami aritu. ni tak, confident je dia nak amik. cakap boleh siap sebelum raya. hampeh! =.=


tu ar last aku pi tempah baju kat tailor. dah la lambat, lepas tu tak kemas pulak tu. haihh. memang sabar je la kan. terbang duit aku. eh, silap. duit mak aku. hehehe. nasib bek la aku beli jugak spare baju kurung ready made. kalau tak, terpaksa la pakai baju yang tak cantik tu. huhu


seperti yang tertera kat atas, aku dan family dah pon sepakat nak pakai tema Purple. cecece. rasanya aku tak da lagi kot baju kaler purple. so, why not kita try kan. hihi. ni aku ada la cari sample kat encik Google baju raya kaler purple. hihi.


actually, aku tak tau nak beli baju macam mana. sama ada baju kurung, kebaya or kaftan. tak pon jubah ke? HAHA. jubah tu rasanya tak kot. dah kawen nanti agaknya aku pakai. HAHA =.=
















p/s : kepada tuan empunya gambar, sy pinjam ye. hihi


bye!










Comments

kaler purple pun nice..
baju yg 2nd pic tu Cantik.. ;)
assalam..

waw cumil2 yer bju2 yg awk pnjm tue ek..ihhii
KSWSK said…
wa mmg byk bj kaler purple
farahazyanti said…
kebaya purple sangat cantik :)
Liyana Aziz said…
yana tahun ni warna pink tapi x jumpa lagi... heheheehhehe... dah tempah dua, tapi x tau boleh siap ke x
wiwiwtt pepel tu..akak takde tema pong..huhuuu
ziana said…
Cantikkkk Purple...Idea Bernas utk Tema Tahun ni..Hua..Baju tak ade lagi
kaizen said…
pompn kalo pakai jubah lg sweet ape...
ILA HonEyBuNNy said…
wahhahah...

baju kaler untuk cantik la....

sama la..tailor ila buat tak kemas n tak cntik gak...4 pasang dia buat xelok...sakit hati gila..ne baru nak beli y dah ciap..

mmg sakit hati dpt tailor gitu kan..
cikwahidaidris said…
@LiLy @ MumMyQiStInA

~ kan? saje je nak try kaler purple :)
cikwahidaidris said…
@ILA HonEyBuNNy

~ tau xpe. ni sebab dah serik la ni. sebab tu beli yang ready made punya.

Popular Posts