First time naik broga heeee

Assalamualaikum.

Dear blog. Sorry dah lama tak menaip kat sini. Banyak benda yang berlaku kat dalam hidup seorang wahida ni tau. Guess what, sekarang aku sedang berkhidmat di salah sebuah company telekomunikasi yg agak terkenal di Malaysia ni. ALHAMDULILLAH :) i've got new experience, making new friends here. All those people are very nice. Hihi and aku tak sangka pun akan bekerja dalam bidang Networking since aku punye result for Networking tak la baguih sangat tapi Rezeki Allah bagi. Nothing is impossible kan ? ;')


tapi tak mau cerita pasal tu. Ni nak cerita pasal weekend aku pada 2, 3 minggu lepas. Ehh ya ka? Entah. Hahaa serius tak ingat minggu bila. Telan semut banyak sangat kot? :p


Dah lama nak update blog tapi malas . Da tak semangat nak blogging macam dulu. Betui . Tak tipu. Huhu . Okay back to the topic. Pada hari sabtu 3 minggu lepas , Aini telah mengajak aku manjat Bukit Broga which is located at Semenyih Selangor. That was my first time jejak kaki kat situ DAN hiking is a new thing for me. Sebelum ni iols ni jenis malas nak join outdoor activities. Jenis indoor punya orang. Hang bagi congkak ke badminton ke hakak orang first yang nak join babe ! Hahaa .


So hari Jumaat malam tu Aini fetched me up pi rumah dia. over night kat sana. Biasa lah rumah Aini tu aku dengan tak malu nya dah buat macam rumah sendiri kikiki bff kate kauuu :p konon nya malam tu nak tido awal lah. Konon. Tapi tak pun. Memasing duk buat sesi luahan perasaan, gosip, sampai tengah malam. Haha ok. Dalam pukul 4.30 kami bangun, siap2. Pukul 5.00 bertolak dari Shah Alam ke Semenyih. Tak ingat pulak berapa lama. Maybe dalam sejam lebih kot. Plus minus tunggu kawan2 dia lagi. Sampai kat kawasan Bukit Broga tu dah pukul 6 lebih. Rasa macam dah lewat tapi orang tetap ramai. Penuh dgn kete parking kat situ.


Kami berlima pun naik. Jangan terkejut ya sebab kat depan pintu gerbang nak naik bukit tu, tersergam indah kedai makan. Rasa macam sia2 je kalau hang naik tinggi2 lepas tu turun bawah pekena nasi lemak 3 bungkus. Tak hilang kalori tu bro . Memandangkan sis ni tabah, so sis jeling2 manja kat kedai nasi lemak tersebut lalu meneruskan pendakian. Ia nya tidak la begitu extreme cuma semput lah jugak sis ni. Maklum lah dah berbulan tak exercise, jogging apatah lagi hehe . Tinggi jugak weyyy.


Nak dijadikan cerita, sebelum sampai puncak yang pertama, tetiba ada orang meracau, menjerit. Udah le tiime tu aku tengah semangat mendaki, rupanya ada orang kena rasuk. Omg omg. Ketaq lutuit cek. Hoii rasa macam nak patah balik je lantas batalkan niat nak tengok sunrise. bukan hapa, 'benda' tu kita tak nampak. Risau jugak hati ni. Tapi apa pun hakak berjaya mendaki hingga puncak pertama sahaja. Hahaa sebab sampai atas tu mcm tak cukup oksigen. Punya lah ramai manusia. Dengan jerebu lagi. Pehhhh serius rasa nak pengsan huhu . So far memang best dapat hirup udara segar yang tak segar sangat lah tu. Di samping dapat tengok matahari naik walaupun kabur je dek jerebu, hakak harap dapat repeat nanti. Hikk


Dengan tu nikmati lah gambar di bawah sebagai kenangan untuk tatapan cucu nanti ehekkk



















K tu je. Tunggu next update pasal sungai chilling pulak k.


Adiosss !


P/s : semua gambar credit to aini hihi





Comments

Popular Posts