Tawakal.

Ada ketika, hanya doa mengiringi segalanya.
Ada masa, usaha itu tidak nampak sinarnya.
Ada saatnya, diri hanya mampu tawakal padaNYA.
Kerana masalah itu menyesakkan rasa.

Ada ketika, kesilapan menghantui hidupmu.
Ada masa, rasa ingin diputar waktu itu.
Ada saatnya, ingin disalahkan diri yang lesu.
Kerana kesalahan itu berpunca dari kamu.

Ada ketika, letih dengan permainan dunia.
Ada masa, terasa usaha sia-sia,
Ada saatnya, takut untuk mencuba semula,
Kerana kegagalan itu ternyata berbisa.

Walau apa pun jua,
Ingatlah Allah yang mengatur segalanya,
Jatuh bangun manusia ada ditanganNYA,
Kita manusia sebagai hamba,
Hanya perlu usaha menjadi sebaik manusia,
Agar jalan-jalan gelap diterangi sinar hidayahNYA.

Ada masanya kita gagal berkali-kali,
Tapi bukan bererti Allah menzalimi,
Mungkin masih ada kekurangan yang kita miliki,
Allah menyimpan kemenangan itu sehingga saatnya nanti,
Kita gagah berdiri di atas kaki sendiri.





p/s : repost from my dear bff's blog. klik HERE :)
p/s: takot nak tengok result esok =.=


bye !


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Comments

Eima Ari said…
follow ur belog...;)
LydSunshine said…
Gagal itu akan jadi pengalaman yg manis bila berjaya nnt.

Sudah follow kamu.
Hafizin Jamil said…
dekan kot bila kuar result
Cik Jannah said…
gud luck dear! insyallah kalau dah berusaha pasti ada kejayaan.
~Sal Ismail~ said…
kdg2 Allah dtgkan ujian bertalu2..utk kita belajar sesuatu..tp satu saat nnt DIA akan buat kita tersenyum & tidak lagi ragu2~ =)
Yup, saya student IT Programming :)

Tawakal lebih baik kan? :D
Ros said…
Salam ziarah....
Woofer Storm said…
cool entry..

#gud luck ye..
wawahida idris said…
@Himmymaru

: ohh. saya pon amek IT programming jugak dulu. :)

Popular Posts