buat bakal Imamku. hiks
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.
Ingin aku beritahu padamu.
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.
Ibu bapa yang begitu sempurna.
Dengan cinta yang begitu mekar.
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga.
Maka, padamu aku katakan.
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah.
Padamu yang Allah pilihkan untukku.
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna.
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.
Kerana kelak kita akan bersatu.
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’.
Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku.
Ingatlah..
Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan.
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah.
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah.
Namun tatap mataku, tersenyumlah.
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu.
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah.
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku.
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku.
Ku memohon padamu..
Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi.
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya.
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku.
"Wanita yang paling bahagia adalah wanita yang mendapat suami yang baik, manakala lelaki yang kaya adalah lelaki yang mendapat isteri yang solehah"
p/s: found this somewhere. thank you for the author :)
Comments