kerinduan pada gula-buaian. bhahahaa !






**perhatiannn ! gula-buaian adalah diterjemahkan dari perkataan Sugar Glider. bahahaha !


jangan salahkan aku okay. aku pon translate dari Google Translate. sebab aku tak sure sugar glider ni dalam bahasa melayu orang panggil apa. errrr. ya la. setiap kali orang nampak menatang ni, mesti cakap. eh, tuu sugar glider kan? tak dak pon depa panggil gula-buaian. hahahaa !

err. kat atas tu adalah cici dan bobo. aku penah kot update pasal cici. Cici adalah seekor gula-buaian betina yang sangat aktif, agresif, dan garang ! errrr. manakala si Bobo adalah gula-buaian yang sangat pemalu *hikhikhik malah jinak dan disukai ramai. Bobo adalah berbeza jika dibandingkan dengan Cici. for me, i would prefer Bobo better than Cici. :P

Cici suka mengeluarkan bunyi yang kuat tatkala aku cuba nak pegang dia. yaa ! dia cuma mau dekat abang aku saja. ye laa. tuan dia kann? aku ni cuma ibu tiri sahaja. hahah ! eh! tetiba pulak. :D

haritu, aku kena jadi baby sitter sat. kena jaga dua ekor kecomelan ini. bahaahha ! ohh ya, mereka cuma makan buah atau semua hal yang manis sahaja. kalau nak ikot kan hati, nak je aku bagi makan gula. bahahha ! keji gilerrr. tak tak. memandangkan aku adalah ibu yang sangat penyayang *phewwww * maka, aku bagi makan kurma, tembikai, epal, anggur *demand okay* dan lain lain. lepas tu, air minum depa campur dengan madu sikit. abang aku la yang suruh buat macam tu. aku ikot je. errr

mereka adalah sangat comel tahap super saiya yang kaler ijau tuh. betapa comel nya depa ni. hewhew. ermmm. depa la menjadi pengubat sunyi aku buat sementara waktu. jadi lupa sekejap yang aku tengah frust bila tengok telatah dua ekor ni. rasa geraam ! hahha!

tu je nak cite. aku memang rindu kat gula-buaian ini. huhuhu !

nak jugak bela nanti. tunggu cici dan bobo kawen dulu. lepas tu baru dapat anak. eh ! hihi

k byeeeee :)



Comments

Popular Posts