Selamat Hari Ibu.

Assalamualaikum :)

actually, aku tak tau tarikh yang sebetul betul or sebenar benarnya Hari Ibu nih. confused aku dibuatnya. yelah, aku tengok semua orang dok pakat update entry pasai HARI IBU ni. aku pon nak jugak la update. sat lagi mengata aku tak mengikuti perkembangan semasa pulak kan. =.= tapi bagi aku kan, hari hari adalah hari ibu. kan? tak semestinya time Hari Ibu ja kita kena hargai pengorbanan ibu, mak, mama, mummy kita tu. betoi dak? sebab semua pengorbanan mak kita, memang tak mungkin dapat kita balas even harta kita tinggi menggunung sekali pon. pengorbanan mak kita terlalu BESAR. one day, kita pulak akan jadi ibu. eh, maksud aku yang pompuan la. takkan laki pon teringin nak jadi IBU kot? =.= mintak simpang la kann.

kalau korang nak tau, bulan May ni sangat sangat la istimewa. bagi aku la. sebab bulan ni ja ada 3 orang ahli keluarga aku yang sambut birthday bulan ni. adik yang bawah aku, Hafidzul. birthday dia 2 May hari tu. guess what, birthday Mak aku pulak selang sehari ja dengan birthday adik aku tu which on 3rd of May. selang sehari je kan. hihi. lepas tu, adik aku yang bongsu pulak 12 May ni. best kan? yang paling special nya, hari Ibu pon bulan ni jugak. so memang special sangat. :) boleh sambut semua sekali. jimat jimat. HAHA.

oh ya, cakap pasal Hari Ibu ni kan, korang bagi hadiah apa kat ibu korang? kat mak mertua pon termasok la. hihi. aku? rasia la. HAHA. actually aku tak beli lagi pon. tak tau nak bagi apa. sebab aku pon student lagi kan. tah bila nak beli hadiah untuk mak guna duit titik peluh aku sendiri. waaa. hope that one day, aku sempat bagi hadiah banyak banyak kat Mak aku.

em, mak aku ni suri rumah sepenuh masa. so, most of the times, she will be at home. at anytime, she will be there for me and my family. aku bersyukur sangat sangat walaupon mak aku bukan lah wanita bekerjaya, tapi dia mengikuti jugak perkembangan dunia luar ni. haaa. pasal fesyen fesyen ni aku nak tanya dia pon boleh. HAHA. maksud aku boleh la aku nak tanya pendapat ke apa kan. lepas tu, selalu gak aku cari resepi yang best kongsi dengan mak aku. HAHA. aku cari ja. yang masak tu mak aku la. aku macam biasa. tolong rasa and tolong makan. memang bagus kan anak dara sorang ni. :P

walaupon mak aku tak baca belog ni, tapi aku nak ucap jugak la kat sini. HIHI. mana la nak tau tetiba mak aku baca.

SELAMAT HARI IBU, Mak! Terima kasih di atas pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan cek. cek tau memang banyak gila kerenah and sikap cek yang tak ketahuan hala, merajuk tak pasai pasai tuh. cek berbangga menjadi anak mak. i love u so muchh! :) terima kasih jugak sebab setia menjaga cek masa cek tengah demam and period pain. terima kasih sebab sangat sangat memahami anak anak mak. semoga panjang umur mak agar cek sempat berjasa pada mak bila cek dah berkerjaya nanti. sesunggunhya semua pengorbanan mak sangat bererti buat kami semua tanpa mak siapa lah kami. again, I LOVE U SO MUCH! :)


*mak aku pakai tudung biru tuh :)


bye!

p/s : SELAMAT HARI IBU kepada ibu2 di seluruh dunia. *ibu kucing pon sekali la ;p








Comments

Mohamadjahn said…
saya datang dan follow belog awak balik..hehehe..comel belog ni...
wawahida idris said…
@Fauzan, terima kasih awak :)
lady-D said…
tol tu..hari2 mesti sambut hari ibu n sayang ibu ni..
wawahida idris said…
@d_LA, aah kan. takkan sehari je nak hargai pengorbanan ibu kita :)
Unknown said…
selamat hari ibu :)
wawahida idris said…
@syrupmasin, hee. ucap kat mak awak jugak ye.
aishah said…
sebenarnya....hari ibu adalah hari ahad minggu pertama bulan mei...tak kiralah bape aribulan pun..
wawahida idris said…
@akak, tu la. ida pon baru tau. heee

Popular Posts